Apr 03, 2023 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FC untuk saingan Liga Super 2023 esok (4 Mac) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya jam 10 malam.
Ini merupakan pertemuan ke-103 di antara #SELNSE. Gergasi Merah telah memenangi 62 perlawanan dan 19 seri. Selain itu, 256 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang Negeri Sembilan FC adalah dalam perlawanan TM Piala Malaysia dengan keputusan 2-2.
Pemain tengah Selangor FC, Alexander Agyarkwa, gembira bertemu bekas rakan sepasukannya dan akan bekerja keras untuk 3 mata.
"Persediaan kali ini agak singkat tetapi kami (pemain) bersedia dan telah bekerja keras untuk perlawanan esok. Apa pun terjadi, sasaran kami adalah untuk dapatkan tiga mata maksimum kerana itu yang paling penting daripada segalanya.
"Negeri Sembilan mempunyai beberapa pemain berpengalaman antaranya Safuwan Baharuddin dan Shahrel Fikri. Kedua-dua mereka adalah pemain yang bagus dan pernah menjadi rakan sepasukan saya tahun lalu. Saya gembira dapat bermain di atas padang dengan mereka sekali lagi tetapi kali ini sebagai lawan," semangat Alex.
Bagi keberadaan pemain, skuad Gergasi Merah kekal dengan rekod tiada sebarang kecederaan untuk perlawanan kali ini.
Pihak pengurusan Selangor FC bersatu di belakang turun dan naik. Teruskan pejuangan, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!